Lelaki Ini Cedera Parah Diserang Ular Sawa Besar Sepanjang 7 Meter Ketika Pulang Dari Kerja

Sharing is caring!

Seorang lelaki yang juga pengawal keselamatan, Robert Nababan, 37, telah menjadi sasaran seekor ular sawa sepanjang 7 meter yang teramat besar ketika pulang dari tempat kerjanya.

Dalam kejadian yang amat menakutkan itu, Robert dikatakan terserempak dengan haiwan pemangsa itu yang sedang melintas jalan yang sering dia lalui untuk ke tempat kerjanya setiap hari.

Loading...

Robert yang terkejut dengan keadaan itu telah memberhentikan kenderaannya untuk melihat dan cuba mendekati ular sawa berkenaan. Robert berkata,

“Saya pulang dan melihat ular itu melintas di Jalan Sungai Akar, kemudiannya saya berhentikan motosikal saya serta mendekati ular tersebut.”

Menurut Robert lagi, ketika melalui jalan itu dia tidak keseorangan kerana terdapat dua orang lagi yang turut berhenti dan memerhati ular berkenaan yang sedang melintas jalan.

Robert turut mengaku bahawa hanya dirinya sahaja yang begitu berani mendekati ular yang amat menakutkan itu. Pada ketika itu, ular tersebut secara tiba-tiba telah menyerang dan turut mengigit lengan kirinya.

Robert yang terkejut dengan serangan ular berkenaan telah cuba untuk melepaskan diri sebelum bergelut supaya ular tersebut melepaskan gigitannya.

Akibat serangan ular itu, Robert telah mengalami kecederaan yang parah. Lengan kiri Robert dikatakan telah terkopak kerana digigit ular sawa tersebut. Robert kemudiannya telah dikejarkan ke hospital oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Selain cedera parah, nyawa Robert mungkin tidak dapat diselamatkan lagi sekiranya beliau tidak segera dihantar ke hospital kerana kecederaan akibat gigitan ular tersebut menyebabkan darah robert terkeluar tanpa henti sehinggakan membahayakan nyawanya sendiri.

Difahamkan, kerana gigitan ular sawa itu juga telah menyebabkan urat nadi tangannya telah terputus. Robert dikatakan terpaksa menjalani pembedahan demi untuk menyelamatkan nyawanya.

Loading...

Orang ramai dikatakan telah berjaya menangkap ular tersebut yang kemudiannya dibunuh dan digantung pada pokok sebagai tontonan kepada orang ramai dan ia menjadi tumpuan kanak-kanak sehingga berani menyentuhnya.

Berita mengenai serangan ular sawa telah kecoh di media sosial selepas beberapa gambar yang dimuat naik oleh saudara kepada Robert Nababan menjadi perhatian ramai.

Rata-rata netizen dilihat begitu terkejut dengan gambar-gambar tersebut yang turut memaparkan keadaan mangsa yang luka parah dan selain gambar ular sawa yang sangat besar itu.

Kredit

 

………………………………

[VIDEO] Lelaki Ini Menghabiskan Ratusan Ribu Ringgit Untuk Buat Pembedahan Plastik. Tapi Lain Pulak Jadinya..

Joey Prixx adalah seorang seniman yang berusia 26 tahun. Ia tinggal di pinggiran Boston, Amerika Serikat. Beberapa tahun terakhir, karena “penampilannya” membuatnya tenar. Ketika ia berusia 18 tahun, ia memutuskan untuk memiliki tubuh yang “sempurna”. Tentu saja, standar “sempurna” ini ia tentukan berdasarkan pemikirannya sendiri!

 

Ia pun memulai dengan operasi plastik, bagian pertama adalah hidungnya. Setelah 5 tahun, ia sudah melakukan total operasi sebanyak 100 operasi, dengan waktu operasi lebih dari 150 jam, dan menghabiskan wang kurang lebih 200 RIBU RINGGIT!

Ia melakukan operasi pembentukan hidung, pengangkatan kelenjar keringat, hingga operasi pada bagian alis, mata, pipi, bibir, dan tulang rahang. Jika di rata-rata, ia bisa menghabiskan wang sebanyak 50 ribu sebulan untuk operasi plastik. Dapat dikatakan, ia sangat serius dalam mencapai tujuannya itu.

Loading...

Joey tetap tidak puas dengan semua yang sudah ia lakukan, ia pun memutuskan untuk kembali membentuk bagian pinggulnya, agar menjadi pinggul yang seksi. Total 350cc silikon terimplan ke kedua pinggulnya. “Selain agar bagian tubuhku menjadi lebih sempurna, tapi juga agar aku bisa menemukan ukuran terbesar yang ada”, kata Joey.

 

Tidak berhenti sampai disini saja, ia masih ingin memperbaiki bagian hidungnya dan memperbesar bagian pinggulnya. “Aku tahu orang akan bilang bahwa ini tubuhku terlihat aneh dan tidak proporsional, tapi inilah yang aku inginkan. Banyak orang menyukaiku, dan pinggul palsuku ini benar-benar menjadi topik. Banyak juga dari mereka yang bertanya, apakah boleh menyentuhnya atau tidak. Mereka berkata ini seperti sebuah bola air yang besar. Aku merasa sangat puas ketika aku duduk,” katanya lagi.

Di bawah ini adalah perbandingan bagian pinggulnya sebelum dan sesudah operasi.

 

Ia pun memiliki motonya “Plastik adalah hal yang fantastik”, yuk coba lihat video ini:

Langkahnya ini benar-benar kontroversial dan banyak orang yang mendiskusikannya. Joey sendiri merasa puas dengan apa yang telah ia lakukan.

Sumber: Hefty

Sharing is caring!

Loading...